Friday, 14 December 2012

Pendaftaran Untuk Tahun Persekolahan 2013 Telah Dibuka

Is Now Open....  For Registration..

Tempat TERHAD. Sila Mendaftar Segera. YURAN PENDAFTARAN PERCUMA bagi yang mendaftar sebelum 3 JAN, 2013



Wednesday, 12 December 2012

Petua Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

1.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

4.Prihatin sesama kita

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain.

5.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.


6.Jujur, amanah

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

7.Tepati waktu

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Insyallah Dengan AZAM, TEKAD INGIN BERUBAH, BERUSAHA TANPA KENAL ERTI KALAH dan DOA... pasti kejayaan milikmu.

~Sharing Is Caring. Caring With Love From Us~

Wednesday, 5 December 2012

Rekod Kecemerlangan Diteruskan Untuk Sesi Tahun 2013

Pusat Tuisyen Gemilang (PTG) telah ditubuhkan semenjak tahun 2002 di Gombak, Selangor.

Kini mengembangkan sayapnya di cawangan baru di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Kami akan membawa nilai komitmen dan daya juang kami bagi anak-anak di Bangi dan kawasan sekitarnya.


Yang pastinya, pasukan kami yakin...
REKOD KECEMERLANGAN & KEGEMILANGAN PTG Gombak Tahun 2012 akan diteruskan dan diperhebatkan...
di Pusat Tuisyen Gemilang Cawangan Bangi bagi Tahun 2013.

Saturday, 1 December 2012


DI PTG, kami sentiasa menitikberatkan kualiti dan nilai yang disampaikan. Juga, kepada pelajar-pelajar kami, anda sememangnya HEBAT dan TERBAIK. Tanpa kesungguhan dan kemahuan anda, tidak mungkin perkhidmatan kami membuatkan hasil.

Manusia yang terbaik ialah manusia yang menambah nilai dalam kehidupan orang lain. Disebabkan itu, kami cuba menawarkan insentif RM20 kepada pelajar yang membawa rakan-rakan mereka mendaftar di PUSAT TUISYEN GEMILANG (PTG) Cawangan Bangi. Jika dibandingkan dengan nilai yang anda diberi, tidaklah setimpal dengan imbuhan yang diberikan. Tapi ingatlah, kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
 

~~TOGETHER WE GROWING~~